Sekapur Sireh
Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.
Saya Ibrahim Bin Mat, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Blau mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada warga kerja SK Blau kerana telah berjaya menyiapkan laman blog sekolah ini dengan jayanya.
Tujuan utama laman blog ini dibina bagi meluaskan lagi jaringan perhubungan di antara pihak sekolah dengan warga luar. Oleh kerana kemudahan perhubungan yang begitu terhad, kami warga SK Blau telah mengambil inisiatif untuk mempromosikan sekolah ini kepada masyarakat luar.
Untuk makluman semua pihak, SK Blau merupakan sekolah asli sepenuhnya dan pada tahun ini(2011), SK Blau telah menerima murid seramai 96 orang tidak termasuk murid PRA Sekolah. Terdapat enam kelas terdiri dari Tahun 1,2,3,4,5 dan 6 manakala terdapat satu kelas PRA Sekolah. Pada tahun 2011 ini juga, terdapat hanya 12 orang calon UPSR yang berdaftar.
Selain daripada itu, murid-murid SK Blau diberi bantuan wang Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin(KWAPM) sepenuhnya dari Tahun 1 hinggan Tahun 6.
Pendidikan yang diajarkan bukan hanya kepada murid-murid sahaja malah ibu bapa juga diberi pendidikan yang sewajarnya melalui program KEDAP. Di SK Blau, kelas ini mendapat sambutan daripada ibu bapa di mana mereka sanggup hadir ke kelas walaupun pada waktu hujan. Ini menunjukkan terdapatnya perubahan minda di kalangan masyarakat orang asli di sini.
Akhir kata, saya berharap agar warga sekolah dapat meneruskan perjuangan dan sentiasa mencari sumber yang boleh membantu masyarakat orang asli demi pembangunan pendidikan negara. Saya juga amat berharap agar adanya bantuan dan sumbangan daripada pihak luar untuk meneruskan agenda pendidikan ini. Sekiranya tuan-tuan dan puan-puan mempunyai cadangan dan pandangan bolehlah menghubungi kami melalui email yang tertera pada laman blog ini. Sumbangan daripada pihak tuan puan saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, wassalam.
IBRAHIM BIN MAT
Guru Besar,
SK Blau, Gua Musang, Kelantan
Subscribe to:
Posts (Atom)